Rabu, 08 Desember 2010

Tajwid

1. Waqaf
Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.
  • Waqaf Lazim/Waqaf Tam.
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda:( م )
  • Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) .
Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (yaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merusakkan maknanya).
  • Waqaf Kafi
Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya. Tandanya( قلي ).
  • Waqaf Tasawi
Kedudukan hukum bacaan tersebut ketika berhenti dan sambung adalah sama. Tandanya:( ج ).


  • Waqaf Hasan.
Bacaan yang diharuskan berhenti atau sambung malah sambung adalah lebih baik dari berhenti. Tandanya (صلي ).

2. Hamzah
Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbagi kepada dua bagian yaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qot'i.
  • Hamzah Qot'i.
Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qot'i ialah kerana ia memutuskan beberapa huruf dari huruf yang lain ketika membacanya. Hamzah Qat'ie terletak pada awal kalimah, pada pertengahan kalimah atau pada akhir kalimah. Ia juga terletak pada kata nama (isim), kata kerja (fi'il) dan huruf (harf).
Hukumnya ialah ia perlu disebut ketika membacanya.
  • Hamzah Wasal.
disebut pada permulaan bacaan dan digugurkan sebutannya ketika dibaca secara sambung dengan huruf sebelumnya. Ia dinamakan demikian kerana disambung dengan huruf yang bertanda Sukun pada awal perkataan. Tanda Hamzah Wasal ialah terdapat huruf Sad di atas huruf Alif.
Hukum Hamzah yang berbaris atas: Hamzah Wasal yang berbaris atas disebut ketika memulakan bacaan dengannya jika sekiranya ia berada di dalam kata sandang( ال )takrif yang sentiasa disandang pada kata nama am. Contohnya:( الحمد لله رب العالمين - الرحمن
الرحيم )
Hukum Hamzah yang berbaris bawah: Ia disebut ketika memulakan bacaan jika sekiranya ia berada di dalam kata kerja, huruf ketiganya berbaris atas atau berbaris bawah atau berada di dalam terbitan kata kerja yang telah lalu( الفعل الماضي ).
Contohnya:( ارجع إليهم) (استكبارا في الأرض) (ادفع بالتي هي أحسن ).
Perhatian penting: Di dalam bacaan, Hamzah Wasal terdapat pada tujuh tempat iaitu:( امرؤ - ابنة - ابن اسم - اثنتين - امرأة - ).
Manakala hukum mula bacaan Hamzah Wasal di dalam kalimah-kalimah ini ialah wajib dibaca dengan baris bawah.
Hukum Hamzah yang berbaris hadapan: Ia disebut ketika memulakan bacaan dengannya, jika huruf yang ketiga di dalam kata kerja suruhan berbaris hadapan. Contohnya:( كلجرب ضآرا - عدا
إلي سبيل ربك )
Ketika bacaan sambung, Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan untuk mengukuhkan huruf Sukun ketika itu ke atas huruf selepasnya dan ia tidak memerlukan kepada Hamzah. Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan sambung. Ketika bacaan diawali dengan Hamzah Wasal, barisnya mestilah disebut sama ada ia berbaris atas, berbaris bawah atau berbaris hadapan.
Jika Hamzah Wasal berada di dalam satu kalimah contohnya:
والله - وبالحق ( ), ia tidak boleh disebut sama sekali kerana tidak sah menyebutnya secara berasingan dalam apa keadaan sekalipun. Apabila Hamzah Wasal yang berbaris bawah bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal perlu dibuang dan disebut Hamzah Istifham secara berbaris di atas. .

3. Qalqalah( القلقلة )
Secara bahasa: Bergerak-gerak dan gementar. secara istilah Ilmu Tajwid: Bunyi lantunan yang kuat dari makhraj hasil dari bacaan huruf yang bertanda Sukun di mana makhrajnya ditekan terlalu kuat kemudian dilepaskan dalam waktu yang singkat sama ada huruf Sukun itu asli atau mendatang.
  • Sughro
Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah contohnya: Huruf Qaf di dalam kalimah( وخلقناآم أزواجا ).
  • Kubro
Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid) contohnya: Huruf Ta'( ط )di dalam kalimah( والله من وراء محيط )

4. Hukum Nun dan Tanwin
النون الساآنة Nun Sukun (yang berbaris Sukun) : Nun yang berbaris mati dan bacaannya terhenti mengikut huruf yang berada selepasnya.
التنوين نون Nun Tanwin (yang berbaris dua) : Nun tambahan yang bertanda Sukun terdapat di akhir kata nama am yang bertanwin sahaja. Ia wujud dari segi bacaan tetapi ia tidak wujud dari segi tulisan dan ketika memberhentikan bacaan padanya. Tandanya ialah baris dua di hadapan( ًٌٍ ), baris dua di atas( )atau baris dua di bawah
Nun Sukun( ْ )yang lahir dari tanwin juga dibaca dengan Sukun di dalam Hukum Tajwid.
Perhatian: Apabila terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Sukun dan Tanwin, kedua-duanya tidak boleh dibaca dengan hukum Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa' tetapi kedua-duanya mestilah dibaca dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua baris Sukun kecuali huruf Nun yang terdapat pada huruf Jar (sendi nama bahasa Arab) seperti di dalam kalimah( من ), ia dibaca dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) kerana sebutannya terlalu berat.
Perlu diberi perhatian juga tentang hukum yang sama dengan hukum Nun Sukun atau Tanwin, ia juga mesti dibaca dengan baris atas ketika membaca secara sambung.
  • Iqlab.
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim lalu diikhfa'kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba' yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung. Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau Tanwin bertukar menjadi Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba'.
  • Idgham.
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Idgham ini terbahagi kepada dua bagian
Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) dan Idgham Bila Ghunnah (memasukkan tanpa dengung). Idgham tidak akan terhasil kecuali dari dua kalimah. Bilangan huruf Idgham sebanyak enam huruf yang terhimpun di dalam kalimah( يرملون ).

Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung)( إدغام بغنة ).
Ia dari empat huruf yang terhimpun di dalam kalimah( ينمو ) iaitu Ya', Nun, Mim dan Wau. Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan Nun Sukun atau Nun Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah, ia mestilah dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma'al Ghunnah kecuali pada dua tempat iaitu: ( يس والقرآن الحكيم - ن والقلم وما يسطرون ).
Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.
Idgham Bila Ghunnah( ) iaitu memasukkan tanpa dengung.
terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam. Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sukun atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah kecuali pada Nun( من راق )kerana di dalam bacaan ini wajib diam seketika (tanpa menyambung nafas - saktah) dan ia tidak diidghamkan.


  • الإظهار  Izhar( ).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung.
  • الإظهار الحلقي  Izhar Halqi.
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Halqi kerana enam hurufnya keluar dari kerongkong. Huruf-huruf tersebut ialah: Hamzah( ه أ ), Ha'( ), 'Ain( خ غ ح ع ), Ha', Ghain dan Kha'.

  • الإظهار المطلق Izhar Mutlaq.
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Dinamakan Mutlaq ialah kerana makhrajnya bukan dari tekak atau mulut.
Izhar Mutlaq dibaca apabila huruf Ya' atau Wau terdapat selepas Nun Sukun di dalam satu kalimah. Ia terdapat pada empat tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu: ( قنوان - صنوان -
بنيان - الدنيا ).
Manakala( والقرآن الحكيم), (ن والقلم وما يسطرون يس )pula, hukum kedua-duanya adalah Izhar Mutlaq walaupun ia berada di dalam dua kalimah kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.
  • الإخفاء  Ikhfa'( ).
Dari sudut bahasa: Tersembunyi. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama. Ia dinamakan Haqiqi ialah untuk menghasilkan Ikhfa' di dalam Nun Sukun dan Tanwin dengan lebih banyak selain dari kedua-duanya. Huruf Ikhfa' terdiri dari lima belas huruf yang terhimpun di dalam bait syair: ( شخص قد سما دم طيبا زد في تقى ضع ظالما صف ذا ثنا آم جاد)


5. Mim Sukun
Mim Sukun yang terletak sebelum huruf hijaiah (Huruf Arab) kesemuanya kecuali ketiga-tiga Huruf Mad kerana untuk mengelakkan dari bertemu dua huruf Sukun.
  • الإظهار الشفوي Izhar Syafawi.
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan syafawi kerana Mim Sukun iaitu huruf yang zahir keluar dari dua bibir mulut dan ia disandarkan kepada makhraj huruf yang zahir kerana tepat sebutannya.
Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba'. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa' selepas Mim Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa' di mana huruf Mim wajib dibaca secara Ikhfa' ketika bertemu dengan huruf Ba' kerana makhraj huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa' pula adalah berhampiran.
  • الإخفاء الشفوي Ikhfa' Syafawi.
Dari sudut bahasa: Tersembunyi Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama. Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari dua bibir mulut. Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.
إدغام مثلين صغير 6.3 Idgham Mithlain Saghir( ).
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun (mati) ke dalam huruf berikutnya yang berbaris hidup dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Ia dinamakan Mithlain (dua jenis huruf yang sama) kerana ia terbentuk dari dua huruf yang sama makhraj dan sifat manakala dinamakan saghir (kecil) pula ialah kerana huruf yang pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Idgham Mithlain Saghir terdiri dari satu huruf iaitu Mim.
7. Lam Sukun
Huruf-huruf Lam Sukun di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Lam Ta'rif( لام الفعل ال لام التعريف )atau Lam( ), Lam Fi'li( )dan Lam Harfi( لام الحرف ).
7.1 Lam Ta’rif
ال Lam( )iaitu Lam yang dikenali dengan Lam Ta'rif yang dapat bersama-sama dengan kata nama (isim). Ia juga sebagai tambahan untuk membentuk kalimah sama ada kalimah tersebut boleh ditulis tanpanya seperti( الأرض )ataupun tidak boleh ditulis tanpanya seperti( ال الذين )menyebabkan penambahan Alif Lam( )ke dalam kalimah sedemikian adalah sangat perlu, dengan kata lain ia tidak boleh dipisahkan dari kalimah yang berada bersamanya.
Hukum bacaan di dalam bahagian ini ialah wajib dibaca secara Idgham (dimasukkan) jika terdapat huruf Lam selepasnya seperti(
الذي )dan wajib dibaca secara Izhar jika terdapat Huruf Ya' atau Hamzah selepasnya seperti kalimah:( الأن واليسع )dan( ).
اللام القمرية 7.1.1 Lam Qamariah( )
Terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair:( عقيمة ابغ حجك وخف ).
Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Izhar ketika bersama dengan huruf-huruf ini ialah kerana makhraj makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf tersebut.
اللام الشمسية 7.1.2 Lam Syamsiah( )
Terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair: ( طب ثم صل رحما تفز ضف ذا نعم دع سوء ظن زر شريفا للكرم ).
Hukum Lam Syamsiah adalah Idgham (memasukkan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Idgham ketika bersama dengan huruf ini ialah kerana makhraj Lam Syamsiah adalah sama dengan makhraj huruf Lam dan terletak berdekatan dengan huruf-huruf lain yang tersebut di atas.
7.2 Lam Fi’li
Lam Sukun yang terletak pada kata kerja (Fe'el) sama ada kata kerja tersebut yang telah lalu (madhi), sedang berlaku (mudharik) / akan datang atau kata kerja seru dan dalam semua keadaan sama ada ia terletak pada pertengahan ayat atau di akhir ayat.
Idgham: Lam Fi'li dibaca secara Idgham apabila terdapat selepasnya huruf Ra' atau Lam.
Izhar: Lam Fi'li dibaca secara Izhar apabila terdapat selepasnya salah satu huruf hijaiah kecuali huruf Ra' dan Lam.
7.3 Lam Harfi
Lam Sukun yang berada di dalam sendi nama (harf) iaitu di dalam( بل هل ), ( )sahaja dan tidak terdapat di dalam kalimah yang lain di dalam al-Quran selain dari dua kalimah tersebut.
Idgham: Lam Harfi dibaca secara Idgham apabila terdapat huruf Ra' atau Lam selepasnya kecuali pada ayat( بل ران )di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana terdapat hukum yang mewajibkan diam (berhenti seketika tanpa bernafas) yang menghalang dari Idgham.
Izhar: Lam Harfi dibaca secara Izhar (nyata) apabila terdapat salah satu huruf hijaiah selepasnya kecuali huruf Ra' dan Lam.
8. Mad( مد ).
Dari sudut bahasa: Lebih / Tambahan. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memanjangkan sebutan lebih dari dua harakat ketika membaca huruf Mad (pemanjang) atau Lin yang bertemu dengan huruf Hamzah atau
و ا baris Sukun. Huruf Mad terdiri dari tiga huruf iaitu Alif( ), Wau( )dan Ya'( ي ).
Huruf Wau disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di hadapan dan huruf Ya' pula disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di bawah manakala huruf Alif tidak baris lain yang berada sebelumnya selain baris di atas. Huruf Ya' dan Wau apabila berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di atas, kedua-dua huruf tersebut tidak dinamakan huruf Mad tetapi ia dinamakan Huruf Lin.
الأصلى المد المد الطبيعي 8.1 Mad Tabi'i( )atau Mad Asli( ).
Mad yang terdapat huruf hijaiah selain dari huruf Hamzah dan Sukun selepasnya dan ia dinamakan Tabi'i ialah kerana pembaca yang memiliki sifat kejadian yang sempurna tidak mengurangkan kadar Madnya iaitu dua harakat dan tidak pula melebihi dari itu.
8.1.1 Ketika Berhenti dan Sambung
Apabila huruf Mad berada dalam keadaan tetap, sambung dan berhenti, huruf tersebut dibaca secara Mad (panjang) sama ada ketika sambung dan berhenti. Begitu juga sama ada ketika berada di pertengahan kalimah seperti( مالك) (يوصيكم
)atau di akhir kalimah seperti( والشمس وضحاها ). Di dalam bahagian ini disyaratkan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
8.1.2 Ketika Sambung
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja khususnya yang berkaitan dengan Mad Silah Kecil( مد
الصلةالصغرى ) iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( هُ ) dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( هِ ), begitu juga
supaya huruf Ha' kinayah disambung dengan huruf Wau atau Ya', huruf Mad disyaratkan mestilah terletak di antara dua huruf yang berbaris hidup seperti kalimah( بصيرا إنه هو) (به ). Dalam keadaan ini huruf wau dan Ya' dibaca secara Mad sepanjang dua harakat (dengan syarat tidak terdapat huruf Hamzah yang berasingan darinya di dalam kalimah lain) dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti ia tidak dibaca secara Mad.
8.1.3 Ketika Berhenti
Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja akan dibaca secara panjang sekiranya huruf Mad tersebut tetap berada di dalam keadaan berhenti bukan ketika sambung. Ia dibaca panjang pada huruf-huruf Alif yang ditukar dari baris dua di atasnya (Tanwin) seperti( عليمًا حكيمًا )dengan memberhentikan bacaan pada huruf Alif( حكيمًا )dan disyaratkan supaya Alif ini dibaca secara Mad tanpa menyambungnya dengan kalimah yang berada selepasnya.
المد الفرعي 8.2 Mad Far'i( )
Ialah Mad yang telah ditambah lebih panjang bacaannya dari Mad Asli disebabkan terdapat Hamzah( ءْ )atau tanda Sukun( )selepas huruf Mad.
المتصل 8.2.1 Mad Muttasil iaitu berangkai( )
Ialah Huruf Mad yang bertemu dengan huruf Hamzah dalam kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana
huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah di dalam satu kalimah. Mad Muttasil ialah Mad wajib dan kadar bacaannya adalah empat harakat, lima harakat atau enam harakat ketika berhenti.
المنفصل 8.2.2 Mad Munfasil iaitu bercerai( )
Ialah huruf Mad yang disusuli oleh huruf Hamzah (secara berasingan) yang terdapat pada awal kalimah berikutnya. Ia dinamakan Mad Munfasil ialah kerana huruf Mad terpisah dari huruf Hamzah yang terletak di dalam kalimah yang lain.
Hukumnya: Harus membacanya secara pendek dengan kadar dua harakat, empat harakat atau lima harakat mengikut bacaan riwayat Hafs. Mad SilahKubra (iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir berbaris hadapan( هُ )dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( هِ )) juga termasuk di dalam hukum Mad Munfasil.
Apabila terdapat huruf Hamzah yang berada dalam keadaan berasingan di dalam kalimah berikutnya selepas huruf Wau Silah dan Ya' Silah, hukumnya adalah mengikut hukum Mad Munfasil jika dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti, ia tidak boleh dibaca secara Mad.
العارض للسكون 8.2.3 Mad 'Aridh( )
Ialah Mad yang bertemu dengan huruf Lin Sukun Aridh (Sukun yang mendatang) kerana ingin menghentikan bacaan. Ia dinamakan 'Aridh (mendatang) ialah kerana huruf terakhir di dalam kalimah tersebut terpaksa dibaca dengan Sukun kerana memberhentikan bacaan padanya, jika sekiranya bacaan disambung, ia akan menjadi Mad Tabi'i.
Hukumnya: Harus membacanya dengan tiga bentuk bacaan: Membaca secara pendek dengan kadar dua harakat, membaca secara pertengahan dengan kadar empat harakat dan membacanya secara sempurna dengan kadar enam harakat seperti:( الحمد لله رب العالمين ).
Mad 'Aridh mengambil hukum Mad Lin iaitu memanjangkan bacaan Wau dan Ya' Sukun dan terdapat huruf berbaris atas sebelum Wau dan Ya' ketika berhenti. Ia dinamakan dengan nama tersebut ialah kerana sebutannya terlalu lembut dan mudah seperti di dalam ayat:( فليعبدوا رب هذا البيت )
البدل 8.2.4 Mad Badal( )
Ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal ialah
kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah kerana asal Mad Badal ialah bertemu dua Hamzah di dalam satu kalimah di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Sukun (mati).
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Jika huruf Hamzah pertama berbaris di atas, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Alif( آمنوا ا )seperti:( )kerana asalnya( ءأمنوا ).
Jika huruf Hamzah pertama berbaris di bawah, huruf Hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf Ya' seperti:( إيمانا
)kerana asalnya( إئمانا ). Sekiranya huruf Hamzah pertama berbaris hadapan, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Wau( أؤتوا أوتوا و )seperti:( )kerana asalnya( ).
Hukumnya: Ia dibaca secara Mad dengan kadar dua harakat seperti Mad Tabi'i.
المد اللازم 8.2.5 Mad Lazim( )
Iaitu huruf Mad yang disusuli dengan tanda Sukun asli tetap di dalam bacaan bersambung atau berhenti sama ada di dalam satu kalimah atau harf (sendi nama). Ia dinamakan Mad Lazim (Tetap) ialah kerana bacaannya mestilah dibaca dengan enam harakat tanpa berubah, begitu juga kerana sebabnya iaitu Sukun ketika bacaan sambung dan berhenti.
8.2.5.1 Mad Lazim Harfi Muthaqqal( المد اللازم الحرفي
المثقل )
Ialah huruf Mad yang disusuli dengan Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah dengan syarat ia bertasydid. Ia dinamakan Harfi ialah kerana terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang berada selepas huruf Mad di permulaan surah. Ia dinamakan Muthaqqal ialah kerana terlalu berat untuk menyebutnya disebabkan terdapat Tasydid pada Sukunnya.
Hukumnya adalah wajib dibaca secara Mad enam harakat seperti huruf Lam di dalam kalimah( الم ).
8.2.5.2Mad Lazim Harfi Mukhaffaf( المد اللازم الحرفي
المخفف ).
Iaitu selepas huruf Mad terdapat Sukun asli pada salah satu huruf hijaiah yang tidak bertasydid. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana sebutannya terlalu ringan disebabkan ia tidak bertasydid dan tidak berdengung seperti huruf Mim di dalam( الم ).
Perhatian penting: Huruf hijaiah yang terletak di permulaan surah terdiri dari empat belas huruf terkumpul di dalam bait syair( صله سحيرا من قطعك )dan ia terbahagi kepada empat bahagian:
Pertama: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana terdapat huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari tujuh huruf yang terkumpul di dalam bait syair( آم عسل
نقص )kecuali huruf 'Ain. Bahagian ini dibaca enam harakat dengan sempurna.
Kedua: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana huruf Lin terdapat di pertengahannya iaitu huruf 'Ain.
Huruf ini harus disempurnakan dengan bacaan enam harakat dan bacaan pertengahan empat harakat.
Ketiga: Ejaannya terbentuk dari dua huruf di mana huruf keduanya ialah huruf Mad dan huruf-hurufnya adalah sebanyak lima huruf yang terhimpun dalam bait syair( حي طهر ).Bahagian ini dibaca secara Mad Tabi'i dengan kadar dua harakat.
Keempat: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana tidak terdapat satupun huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari satu huruf iaitu Alif dan tidak terdapat padanya huruf Mad.
8.2.5.3Mad Lazim Kalimi Muthaqqal( المد اللازم
الكلمي المثقل ).
Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf bertasydid di dalam satu kalimah, hukumnya ia dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan Muthaqqal kerana berat atau susah untuk menyebutnya disebabkan terdapat tasydid pada Sukunnya. Contohnya Alif di dalam kalimah(
غير المغضوب عليهم ولاالضالين الضالين ), dari firman Allah s.w.t( ).
24
disusun oleh lelabu.com
berdasarkan panduan daripada laman web www.al-islam.com
8.2.5.4Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf يملكلا مزلالا دملا
المخفف .
Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf Sukun yang tidak bertasydid di dalam satu kalimah.
Hukumnya wajib dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan dengan Kalimi kerana terdapat Sukun asli selepas huruf Mad di dalam satu kalimah. Ia dinamakan Mukhaffaf kerana ringan atau mudah menyebutnya disebabkan keadaannya yang tidak bertasydid dan tidak berdengung.
أالآن Contohnya di dalam kalimah( )di dalam dua tempat surah Yunus ayat lima puluh satu dan sembilan puluh satu malah tidak terdapat di dalam al-Quran selain dari dua tempat tersebut.
9. Bertemu Dua Sukun
Apabila bertemu dua huruf Sukun maka pada ketika itu perlu diselesaikan salah satu dari kedua-duanya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kaedah Bahasa Arab, sama ada membuang huruf pertama yang bersukun atau membariskannya. Perlu diberi perhatian
bahawa keadaan sebegini diharuskan ketika ingin menyambung bacaan sahaja.
9.1 Menggugurkan Huruf Awal Sukun
Huruf Mad dibuang pada ketika ingin menyambung bacaan sahaja apabila terdapat huruf Hamzah yang bersambung selepas huruf Mad. Ia dibuang pada bacaan sahaja tidak pada tulisan kerana biasanya ia tercatat di dalam al-Quran seperti:( إذا الشمس آورت ). Kadangkala huruf Mad dibuang pada bacaan sambung dan berhenti kerana ianya tidak tercatat di dalam tulisan apabila terdapat selepasnya huruf Hamzah yang bersambung. Contohnya membuang huruf Ya' dari kalimah:( تحي )di dalam ayat al-Quran:(
ربي أرني آيف تحي الموتى ).
9.2 Membariskan Huruf Awal Sukun
Untuk menyelesaikan pertemuan dua huruf yang bersukun, perlu dibariskan huruf Sukun yang pertama sama ada dengan baris atas, baris bawah atau baris hadapan.
9.2.1 Baris Bawah
Huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah (untuk mengelakkan) pertemuan dua huruf Sukun jika sekiranya huruf Sukun pertama di akhir kalimah pertama dan huruf Sukun kedua ialah Hamzah Wasal, berada pada awal kalimah kedua. Di dalam keadaan ini huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah dan Hamzah Wasal digugurkan di dalam bacaan.
قل أدعوا الله Contohnya( )keadaan demikian bukanlah dalam bentuk huruf tersebut berbaris atas dan hadapan.
Perhatian penting: Nun yang terbit dari Tanwin jika terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Tanwin, Nun tersebut dibariskan dengan baris bawah dengan syarat huruf yang berbaris ini dibaca di dalam keadaan sambung sahaja contohnya Tanwin dalam kalimah( الاسم عادا الأولى عادا )di dalam ayat( )dan Lam( )yang terdapat di dalam surah al-Hujurat kerana ia terletak antara dua huruf Hamzah yang bersambung, oleh sebab itu Huruf Lam dibariskan dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua Sukun.
9.2.2 Baris Atas
Huruf Sukun pertama dibariskan dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua Sukun) di dalam dua keadaan iaitu:
مِن Pertama: Nun di dalam kalimah( )jika terdapat selepasnya Hamzah yang bersambung seperti:( وأنا على ذلكم من الشاهدين ).
Kedua: Huruf Ya' (ganti nama kepada orang yang bercakap), apabila terdapat Hamzah yang bersambung selepasnya seperti:( أذآروا نعمتي التي أنعمت عليكم )
9.2.3 Baris Hadapan
Terdapat dua keadaan (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) yang membolehkan Sukun pertama dibariskan dengan Dhammah:
Pertama: Huruf Wau yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah Wasal contohnya:( فتمنوا الموت إن آنتم صادقين ).
Kedua: Huruf Mim yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah Wasal contohnya:( وسخر لكم الليل والنهار ).
10. Tafkhim dan Tarqiq
التفخيم Huruf hijaiah terbahagi kepada tiga bahagian dari sudut Tafkhim( )dan( الترقيق )Tarqiq.
Pertama: Huruf yang sentiasa ditebalkan iaitu Huruf-huruf Isti'la'.
Kedua: Huruf yang kadangkala ditebalkan dan kadangkala dinipiskan bacaannya mengikut keadaan ayat. (Alif - Lam Lafaz Allah - Ra').
Ketiga: Huruf yang sentiasa dinipiskan bacaannya iaitu Huruf Istifal selain daripada huruf Lam dan Ra'.
التفخيم 10.1 Tafkhim ( )
Dari sudut bahasa: Gemuk (tebal). Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Ibarat kekuatan masuk pada bunyi huruf hingga bunyinya memenuhi mulut. Huruf Tafkhim terdiri dari tujuh huruf yang terkandung di dalam bait syair( خص ضغط قظ ).
10.1.1 Peringkat pertama Tafkhim
Ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan selepasnya terdapat huruf Alif contohnya:( قال ).
10.1.2 Peringkat kedua Tafkhim
Ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan tidak ada selepasnya huruf Alif contohnya:( خلقكم ).
10.1.3 Peringkat ketiga Tafkhim
يقول Ialah apabila huruf Tafkhim berbaris hadapan contohnya:( ).
10.1.4 Peringkat keempat Tafkhim
إقرأ Ialah apabila huruf Tafkhim Sukun contohnya:( ).
10.1.5 Peringkat kelima Tafkhim
قيل Ialah apabila huruf Tafkhim berbaris bawah contohnya:( ).
10.2 Mengikut tempat
Iaitu khusus dengan kalimah yang dibaca dengan Tarqiq dalam keadaan tertentu dan dibaca dengan Tafkhim di dalam keadaan yang lain. Hurufnya adalah sebanyak tiga huruf selain dari huruf Istifal iaitu (Alif - Lam Lafaz Allah - Ra').
10.2.1 Tafkhim (ditebalkan bacaan) mengikut tempat merangkumi huruf Alif, Lam pada lafaz Allah dan Ra'.
Pertama (Alif): Alif dibaca dengan tebal jika ia terletak selepas huruf tebal, contohnya di dalam kalimah( قال ).
Kedua (Lam pada lafaz Allah): Lam pada lafaz Allah dibaca dengan tebal jika ia terletak selepas huruf yang berbaris atas, hadapan atau di permulaan kalimah contohnya:( الله), (عبد قال
الله لاإله إلا هو الله )dan( ).
Ketiga (Ra') : Ra' sentiasa dibaca dengan tebal di dalam tiga keadaan iaitu:
Pertama: Jika ia berbaris atas sama ada di awal kalimah, di pertengahan kalimah atau di akhir kalimah dengan syarat ia dibaca secara sambung, contohnya( ليس
ربنا البر أن تولوا وجوهكم - بربكم - ).
رددت - رزقنا Kedua: Jika ia berbaris hadapan, contohnya( ).
Ketiga: Jika ia berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di atas, di hadapan atau di bawah manakala baris bawahnya pula ialah baris asal serta terdapat selepasnya Huruf Isti'la' atau huruf sebelumnya berbaris bawah dan baris bawahnya adalah mendatang seperti:( زرعا - مرتفقا - قرطاس - ارجعوا ).
10.2.2 Tarqiq mengikut keadaan tempat merangkumi huruf Alif, Lam pada lafaz Allah dan Ra':
Pertama Alif: Alif dibaca dengan nipis apabila ia terletak selepas huruf Tarqiq, contohnya kalimah( الكتاب ).
Kedua Lam pada lafaz Allah: Ia dibaca dengan nipis apabila
ia terletak selepas huruf yang berbaris bawah, sama ada huruf tersebut bersambung dengannya di dalam satu kalimah atau berasingan di dalam dua kalimah contohnya:( لله) , (بسم الله
).
Ketiga Ra': Ra' sentiasa dibaca dengan nipis di dalam tiga keadaan iaitu:
مريئا - رجال Pertama: Jika ia berbaris bawah contohnya:( ).
Kedua: Jika ia berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah asli dan tidak ada huruf Isti'la' selepasnya seperti kalimah( فرعون ).
Ketiga: Jika ia berbaris Sukun (Sukun mendatang) kerana memberhentikan bacaan selepas huruf Ya' Mad atau Mad Lin, contohnya:( وهو على آل شئ قدير) (ذلك خير ).
10.2.3 Ra' harus dibaca dengan Tafkhim (tebal) dan Tarqiq (nipis) tetapi jika dibaca dengan Tafkhim (tebal) adalah lebih utama di dalam dua keadaan:
Pertama: Jika Ra' dibaca dengan Sukun ketika berhenti bacaan dan huruf sebelumnya berbaris atas atau hadapan contohnya:( البشر) (آذبت ثمود بالنذر إن هذا إلا قول ).
Kedua: Jika Ra' dibaca dengan Sukun ketika berhenti bacaan dan huruf sebelumnya berbaris Sukun serta didahului dengan huruf yang berbaris atas atau hadapan dan ia dibaca ketika sambung dengan baris bawah( والعصر) (والفجر ).
Perhatian penting: Sesiapa yang membaca Ra' dengan nipis di dalam keadaan ini bererti dia telah melihat kepada hukumnya iaitu wajib dinipiskan ketika sambung disebabkan ia berbaris bawah dan sesiapa membacanya dengan tebal bererti dia tidak melihat kepada keadaannya ketika sambung tetapi ia melihat kepada Sukun yang mendatang.
10.2.4 Ra' harus dibaca dengan Tafkhim (tebal) dan Tarqiq (nipis) tetapi jika dibaca dengan Tarqiq adalah lebih utama di dalam tiga keadaan iaitu:
Pertama: Jika huruf Ra' dibaca ketika berhenti dengan Sukun dan selepasnya terdapat huruf Ya' yang digugurkan untuk meringankan bacaan seperti:( يسر )di dalam firman Allah s.w.t( يسري والليل إذا يسر )kerana pada asalnya( )lalu digugurkan Ya' untuk meringankan bacaannya.
Kedua: Jika Ra' disukunkan selepas huruf yang berbaris bawah kerana ingin memberhentikan bacaan dan kedua-duanya diselangi dengan huruf Isti'la'. Tidak terdapat di dalam al-Quran kecuali satu kalimah sahaja iaitu kalimah(
القطر) (وأسلنا له عين القطر ). Sesiapa yang membacanya dengan nipis bererti dia ingin menyambung bacaan dan sesiapa yang membacanya dengan tebal ketika berhenti bacaan bererti dia melihatnya sebagai mendatang.
Ketiga: Jika Ra' Sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya terdapat huruf Isti'la' yang berbaris bawah. Tidak terdapat di dalam al-Quran kecuali satu kalimah sahaja iaitu kalimah( فرق) (آل فرق آالطود ). Sesiapa yang membacanya dengan nipis bererti dia melihat kepada baris bawah yang terdapat sebelumnya dan dia tidak melihat kepada huruf Isti'la' yang terletak selepasnya kerana ia berbaris bawah.
Sesiapa membacanya dengan tebal bererti dia melihat kepada huruf Isti'la' yang terletak selepasnya dan dia tidak melihat kepada baris bawah yang terletak sebelumnya serta dia tidak melihat kepada baris bawah huruf Isti'la'.
الإمالة 10.2.5 Hukum Imalah( )
Adalah dikhususkan untuk huruf Ra' sahaja. Ra' dibaca dengan nipis kerana baris atas yang cenderung kepada baris bawah. Huruf Alif yang cenderung kepada Ya' terdapat di dalam satu kalimah sahaja di dalam al-Quran iaitu kalimah(
مجراها ).
الترقيق 10.3 Tarqiq( ).
Dari sudut bahasa: Menipiskan Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Gambaran perubahan yang berlaku pada bunyi huruf yang mengakibatkan bunyi tersebut tidak memenuhi mulut. Huruf Muraqqaqah (Tarqiq) ialah keseluruhan huruf hijaiah selain dari huruf Tafkhim( خص ضغط قظ )dan huruf-huruf yang dibaca dengan tebal dan nipis mengikut keadaannya iaitu (Alif - Lam pada lafaz Allah - Ra').
11. Pertemuan Huruf
Setiap dua huruf yang bertemu sama ada dalam bentuk lafaz atau tulisan sahaja, kedua-duanya terbahagi kepada empat bahagian iaitu: (Mithlan - Mutaqariban - Mutajanisan - Mutaba'idan). Ulama Tajwid tidak menyebut hukum tentang Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan) kerana tujuan dari mempelajari ilmu ini ialah untuk mengetahui sesuatu yang perlu diidghamkan (dimasukkan) atau tidak dan hukum ini tidak terdapat pada Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan).
المثلان 11.1 Mithlan( ).
Dua huruf yang sama makhraj dan sifatnya seperti dua huruf Ba' dan dua huruf Ta'( ت ).
المثلان الصغير 11.1.1 Mithlan Saghir( ).
Huruf awal Sukun dan huruf yang kedua berbaris. Ia dinamakan Saghir (kecil) kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf keduanya berbaris menyebabkan ia mudah dimasukkan (diidghamkan).
Hukumnya: Wajib diidghamkan (dimasukkan) kecuali jika huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Mad. Dalam keadaan ini wajib diizharkan contohnya:( قالوا وهم )atau huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Ha' saktah. Dalam keadaan ini wajib diizharkan kerana mesti diam seketika (berhenti tanpa menyambung nafas) yang menegah dari diidghamkan (dimasukkan) seperti( ماليه هلك ).
المثلان الكبير 11.1.2 Mithlan Kabir( ).
Dua huruf yang berbaris. Ia dinamakan Kabir (besar) ialah kerana ia banyak terdapat di dalam al-Quran dan kerana baris lebih banyak dari Sukun.
Hukumnya: Wajib diizharkan (dinyatakan) kecuali pada ayat:( تأمنا )di mana hukumnya mesti diidghamkan (dimasukkan) berserta Isymam iaitu memuncungkan dua bibir ke hadapan ketika menyebut huruf Nun Sukun yang pertama dan mengidghamkan kepada Nun yang kedua Keadaan ini bertujuan ingin menunjukkan bahawa baris asal huruf Nun adalah baris hadapan kerana kalimah( تأمّنا )pada asalnya adalah( تأمننا )lalu Nun pertama dimasukkan ke dalam Nun kedua menyebabkan ia menjadi( تامّنا ).
المثلان المطلق 11.1.3 Mithlan Mutlaq( ).
Huruf awal berbaris hidup dan huruf yang kedua berbaris Sukun (mati). Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) dan Kabir (besar).
Hukumnya wajib diizharkan (dinyatakan) di sisi Ahli Qiraat.
المتقاربان 11.2 Mutaqariban( ).
Dua huruf yang makhraj dan sifatnya berdekatan atau makhraj sahaja atau sifat sahaja yang berdekatan.
المتقاربان الصغير 11.2.1 Mutaqariban Saghir( ).
Huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia dinamakan kecil kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf keduanya berbaris hidup.
Hukumnya: Diizharkan (dinyatakan) mengikut pendapat Hafs dan ahli Qiraat selain daripadanya. Walau bagaimanapun huruf Lam dan Ra' wajib diidghamkan (dimasukkan) berdasarkan kata sepakat Ahli Qiraat.
بل ران قل رب - بل رفعه الله Contohnya:( )kecuali pada( )di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana mengikut riwayat Hafs terdapat Saktah iaitu diam seketika (berhenti tanpa mengambil nafas) yang menghalang dari Idgham (dimasukkan).
المتقاربان الكبير 11.2.2 Mutaqariban Kabir( ).
Dua huruf yang berbaris dan ia dinamakan Kabir (besar) adalah disebabkan ia banyak didapati dan baris hidup lebih banyak dari baris Sukun (mati).
Hukumnya ialah wajib Izhar.
المتقاربان المطلق 11.2.3 Mutaqariban Mutlaq( ).
Huruf awal berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati). Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir (besar).
Hukumnya wajib Izhar (dinyatakan).
المتجانسان 11.3 Mutajanisan( ).
Dua huruf yang sama makhraj dan berlainan sifat kedua-duanya seperti huruf Dal dan Ta'( ت ).
المتجانسان الصغير 11.3.1 Mutajanisan Saghir( ).
Huruf pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia dinamakan kecil kerana huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup.
Hukumnya: Izhar (dinyatakan) kecuali pada enam tempat yang perlu diidghamkan (dimasukkan) iaitu:
م ب )selepasnya huruf Mim( )di dalam ayat( 1- Huruf Ba'(
ارآب معنا ). 2- Huruf Ta'( د ت )selepasnya huruf Dal( )contohnya:( أثقلت
دعوا ). 3- Huruf Ta'( ط ت )selepasnya huruf Ta'( )contohnya:( إذ همت
طائفتان ). 4- Huruf Tha'( ذ ث )selepasnya huruf Zal( )contohnya:( يلهث
ذلك ). 5- Huruf Dal( ومهدت ت د )selepasnya huruf Ta'( )contohnya:( ). 6- Huruf Zal( إذ ظلمتم ظ ذ )selepasnya huruf Dza( )contohnya:( ), manakala Huruf Ta'( ط )yang terdapat selepasnya huruf Ta'( أحطت ت )contohnya:( ), hukumnya adalah Idgham Naqis dengan sepakat Ahli Qiraat.
المتجانسان الكبير 11.3.2 Mutajanisan Kabir( ).
Dua huruf yang berbaris, ia dinamakan demikian kerana banyak didapati di dalam bacaan begitu juga kerana huruf yang berbaris hidup lebih banyak dari yang berbaris Sukun (mati).
Hukumnya wajib Izhar.
المتجانسان المطلق 11.3.3 Mutajanisan Mutlaq( ).
Huruf pertama berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati). Ia dinamakan demikian kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir (besar).
wallahu a'lam

0 komentar:

Posting Komentar

Silahkan meninggalkan komentar, kritik ataupun saran anda disini dengan sopan.. Terima Kasih atas kunjungan anda..